top header

Monday, 18 January 2016

Perkembangan bayi pada trimester pertama



Ultrasound at first trimester of pregnancy (12 weeks)
Source: google images

Apakah yang dimaksudkan dengan trimester pertama? Kehamilan mempunyai 3 peringkat; trimester pertama, kedua dan ketiga. Trimester pertama adalah pada bulan 1 sehingga 3 kehamilan. Jom kita tengok perkembangan bayi pada bulan pertama, kedua dan ketiga dalam peringkat trimester pertama…

Trimester pertama: bayi pada 4 minggu
Pada masa ini, otak dan saraf tunjang bayi anda telah mula membentuk. Begitu juga dengan jantung si comel itu. Selain itu, kaki dan juga tangan juga mula terbentuk pada masa ini. Bayi dalam kandungan kini dalam peringkat dipanggil ‘embrio’ dan hanya sepanjang lebih kurang 1/25 inci sahaja.

Trimester pertama : bayi pada 8 minggu
PAda masa ini pula, bayi dalam kandungan telah mempunyai kebanyakan daripada organ – organ utama seperti jantung dan otak dalam bentuk yang lebih detail dan kompleks. Struktur fizikal juga telah mula membentuk;  wajah mulai terbentuk, dahi membesar, kelopak matanya masih tertutup dan kedudukan matanya masih terletak di tepi kepala, hujung hidung mulai membentuk dan telinga telah berkembang dengan sempurna. Ketika ini jantung si comel telah pun mempunyai fungsi seperti biase, mengepam dan berdegup dengan rentak teratur. Organ – organ seks mula terbentuk dan tali pusat telah jelas kelihatan. Pada akhir minggu ke-8, si comel telah pun dalam peringkat janin dan kelihatan seperti manusia.

Trimester pertama : bayi pada 12 minggu

Pada ketika ini, si comel menunjukkan perkembangan yang sangat pesat, walaupun tubuhnya masih sebesar ibu jari, namun organ – organ dalaman dan fizikal si bayi semakin berkembang. Saraf dan otot bayi telah mempunyai fungsi dan bekerjasama untuk member pergerakan kepada bayi. Ketika ini bayi telah boleh menggenggamkan tangannya. Organ – organ seks telah menampakkan samada bayi tersebut adalah perempuan ataupun lelaki. Sebelum ini tubuh si bayi mungkin masih samar2 jika di scan tetapi pada ketika ini, kita boleh melihat dengan jelas. Tulang si bayi juga telah mengeras. Kelopak mata menutup untuk melindungi mata bayi dan tidak akan terbuka sehingga minggu ke-28. Pertumbuhan kepala telah perlahan. Kini, pada kira – kira 3 inci panjang, berat bayi anda hamper satu auns.