top header

Monday, 21 December 2015

PENJAGAAN AWAL KEHAMILAN

Assalamualaikum. Zaman sekarang ni serba serbi moden, ramai yang mengabaikan amalan-amalan tradisional terutamanya dari segi semasa dan selepas kehamilan. Jika sebelum ini banyak alasan yang diberi untuk memulakan gaya hidup sihat, semasa hamil inilah masa yang sangat sesuai untuk memulakannya. Ini kerana penjagaan yang rapid an gaya hidup yang sihat amat penting untuk bayi di dalam perut dan juga si ibu.
Oleh itu, Cik Cikin nak kongsi kan antara aspek-aspek yang perlu dijaga sepanjang kehamilan agar keduanya siahat sejahtera memandangkan Cik Cikin sendiri pun sedang hamil, bolehlah kita sama-sama berkongsi pengetahuan, kan.

1.       Rawatan antennal/prenatal
Rawatan antenatal secara ringkasnya adalah penjagaan semasa kehamilan atau semasa kelahiran bayi. Ini merupakan langkah penjagaan yang penting kerana melalui rawatan ini, kita boleh mengetahui keadaan kesihatan bayi di dalam perut dan si ibu. Antara perkara yang akan dilakukan ketika rawatan antenatal ini adalah doktor ataupun jururawat yang bertugas akan menanyakan soalan sejarah perubatan si ibu (medical report), pemeriksaan fizikal, dan beberapa ujian akan dijalankan seperti ujian air kencing, ujian darah dan ultrasound. Di hospital swasta, si ibu boleh memilih doktor untuk menyambut kelahiran bayinya, tapi di hospital kerajaan kebiasaannya tidak diberi kelebihan tersebut.

2.       Makan makanan yang sihat
Ini merupakan aspek yang sangat penting semasa kehamilan untuk memastikan bayi di dalam kandungan mendapat nutrien yang secukupnya. Hidangan harian yang diambil mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut :
·         Buah-buahan dan sayur-sayuran
·         Makanan berkanji
·         Makanan yang kaya dengan protein
·         Produk tenusu
Manakala makanan yang dilarang dan tidak digalakkan semasa mengandung adalah :
·         Alkohol : boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan mental kepada bayi
·         Rokok : boleh menyebabkan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhan dan berat badan yang rendah. Selain itu, masalah keguguran juga kerap berlaku pada ibu yang merokok
·         Minuman berkafein : kafein merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung
·         Pil dan ubat-ubatan : sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi jika ingin mengambil sebarang ubat-ubatan ketika sedang hamil. Ini kerana ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi dalam kandungan.
·         Gula : mengambil gula secara berlebihan dilarang walaupun untuk orang yang sihat. Ibu mengandung perlu menitikberatkan pengambilan gula dalam makanan harian kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar dari kebiasaan.
·         Vitamin A : pengambilan ‘multivitamin supplement’ ataupun ‘fish liver oil supplement’ atau mana-mana supplement yang mengandungi vitamin A adalah dilarang ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan kecacatan muka, jantung dan saraf bayi. Si ibu boleh mengambil beta coretan seperti lobak merah untuk mengantikan vitamin A kerana beta coretan akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja diperlukan oleh badan.
·         Mercury : pengambilan mercury yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan saraf pada bayi. Oleh itu, si ibu dinasihatkan untuk tidak memakan makan yang mengandungi kuantiti mercury yang tinggi seperti ‘shark-fin’, tuna, dan ikan-ikan besar yang lain.
·         Masakan mentah/tidak cukup masak : boleh mneybabkan komplikasi yang buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang terdapat dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit ini juga boleh didapati dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.
3.       Bersenam selalu
Hamil tidak bermakna si ibu langsung tidak boleh melakukan senaman. Si ibu boleh dan digalakkan untuk melakukan senaman ringan untuk memudahkan kelahiran dan juga untuk menguatkan badan untuk menampung berat badan yang bertambah ketika hamil. Menurut kajian, senaman juga dapat mengelakkan si ibu daripada kemurungan dan dapat membantu si ibu untuk mengawal emosi dan perasaan ketika sedang hamil. Senaman yang disarankan ketika hamil adalah senaman lantai pelvis. Senaman ini dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah tekanan inkontinens; bila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa dan senaman.

4.       Perbanyakan berehat
Pernah tak rasa sangat letih? Sebenarnya keletihan yang kita rasakan semasa trimester pertama dan ketiga adalah cara badan kita memberitahu kita supaya jangan terlalu aktif. Mungkin tido di tengahari terasa seperti perbuatan manja yang kita tidak mampu lakukan tapi kita dan bayi kita akan mendapat manfaat darinya. Kalau tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah dengan apa cara sekalipun selama 30 minit atau lebih.

5.       Mengambilan asid folik

Asid folik amat penting untuk ibu hamil kerana dapat mencegah daripada mengalami spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida ini adalah penyakit congenital yang serius yang berlaku apabila tiub yang melindungi system saraf tidak dilindungi sepenuhnya dan mengakibatkan ketidakupayaan yang serius. Oleh itu, ibu yang merancang untuk hamil, digalakkan untuk mengambil tambahan harian asid folik 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang 3 bulan pertama kehamilan. Kalau ada diantara si ibu yang malas untuk mengambil supplement, si ibu boleh mengambil asid folik secara semulajadi melalui pemakanan harian. Asid folik terdapat di dalam sayur-sayuran dan juga bijiran sarapan. Selain itu, nutrien yang bagus untuk bayi adalah besi dan juga kalsium.

No comments:

Post a Comment