Ultrasound at first
trimester of pregnancy (12 weeks)
Source: google images
Apakah yang dimaksudkan dengan trimester pertama?
Kehamilan mempunyai 3 peringkat; trimester pertama, kedua dan ketiga. Trimester
pertama adalah pada bulan 1 sehingga 3 kehamilan. Jom kita tengok perkembangan
bayi pada bulan pertama, kedua dan ketiga dalam peringkat trimester pertama…
Trimester pertama: bayi pada 4 minggu
Pada masa ini, otak dan saraf tunjang bayi anda telah
mula membentuk. Begitu juga dengan jantung si comel itu. Selain itu, kaki dan
juga tangan juga mula terbentuk pada masa ini. Bayi dalam kandungan kini dalam
peringkat dipanggil ‘embrio’ dan hanya sepanjang lebih kurang 1/25 inci sahaja.
Trimester pertama : bayi pada 8 minggu
PAda masa ini pula, bayi dalam kandungan telah
mempunyai kebanyakan daripada organ – organ utama seperti jantung dan otak
dalam bentuk yang lebih detail dan kompleks. Struktur fizikal juga telah mula
membentuk; wajah mulai terbentuk, dahi
membesar, kelopak matanya masih tertutup dan kedudukan matanya masih terletak
di tepi kepala, hujung hidung mulai membentuk dan telinga telah berkembang
dengan sempurna. Ketika ini jantung si comel telah pun mempunyai fungsi seperti
biase, mengepam dan berdegup dengan rentak teratur. Organ – organ seks mula
terbentuk dan tali pusat telah jelas kelihatan. Pada akhir minggu ke-8, si
comel telah pun dalam peringkat janin dan kelihatan seperti manusia.
Trimester pertama : bayi pada 12 minggu
Pada ketika ini, si comel menunjukkan perkembangan
yang sangat pesat, walaupun tubuhnya masih sebesar ibu jari, namun organ –
organ dalaman dan fizikal si bayi semakin berkembang. Saraf dan otot bayi telah
mempunyai fungsi dan bekerjasama untuk member pergerakan kepada bayi. Ketika
ini bayi telah boleh menggenggamkan tangannya. Organ – organ seks telah
menampakkan samada bayi tersebut adalah perempuan ataupun lelaki. Sebelum ini
tubuh si bayi mungkin masih samar2 jika di scan tetapi pada ketika ini, kita
boleh melihat dengan jelas. Tulang si bayi juga telah mengeras. Kelopak mata
menutup untuk melindungi mata bayi dan tidak akan terbuka sehingga minggu
ke-28. Pertumbuhan kepala telah perlahan. Kini, pada kira – kira 3 inci
panjang, berat bayi anda hamper satu auns.
No comments:
Post a Comment