top header

Monday, 18 January 2016

Perkembangan bayi pada trimester pertama



Ultrasound at first trimester of pregnancy (12 weeks)
Source: google images

Apakah yang dimaksudkan dengan trimester pertama? Kehamilan mempunyai 3 peringkat; trimester pertama, kedua dan ketiga. Trimester pertama adalah pada bulan 1 sehingga 3 kehamilan. Jom kita tengok perkembangan bayi pada bulan pertama, kedua dan ketiga dalam peringkat trimester pertama…

Trimester pertama: bayi pada 4 minggu
Pada masa ini, otak dan saraf tunjang bayi anda telah mula membentuk. Begitu juga dengan jantung si comel itu. Selain itu, kaki dan juga tangan juga mula terbentuk pada masa ini. Bayi dalam kandungan kini dalam peringkat dipanggil ‘embrio’ dan hanya sepanjang lebih kurang 1/25 inci sahaja.

Trimester pertama : bayi pada 8 minggu
PAda masa ini pula, bayi dalam kandungan telah mempunyai kebanyakan daripada organ – organ utama seperti jantung dan otak dalam bentuk yang lebih detail dan kompleks. Struktur fizikal juga telah mula membentuk;  wajah mulai terbentuk, dahi membesar, kelopak matanya masih tertutup dan kedudukan matanya masih terletak di tepi kepala, hujung hidung mulai membentuk dan telinga telah berkembang dengan sempurna. Ketika ini jantung si comel telah pun mempunyai fungsi seperti biase, mengepam dan berdegup dengan rentak teratur. Organ – organ seks mula terbentuk dan tali pusat telah jelas kelihatan. Pada akhir minggu ke-8, si comel telah pun dalam peringkat janin dan kelihatan seperti manusia.

Trimester pertama : bayi pada 12 minggu

Pada ketika ini, si comel menunjukkan perkembangan yang sangat pesat, walaupun tubuhnya masih sebesar ibu jari, namun organ – organ dalaman dan fizikal si bayi semakin berkembang. Saraf dan otot bayi telah mempunyai fungsi dan bekerjasama untuk member pergerakan kepada bayi. Ketika ini bayi telah boleh menggenggamkan tangannya. Organ – organ seks telah menampakkan samada bayi tersebut adalah perempuan ataupun lelaki. Sebelum ini tubuh si bayi mungkin masih samar2 jika di scan tetapi pada ketika ini, kita boleh melihat dengan jelas. Tulang si bayi juga telah mengeras. Kelopak mata menutup untuk melindungi mata bayi dan tidak akan terbuka sehingga minggu ke-28. Pertumbuhan kepala telah perlahan. Kini, pada kira – kira 3 inci panjang, berat bayi anda hamper satu auns.

Saturday, 2 January 2016

Pemeriksaan Kehamilan Secara Berjadual (Antenatal)

1) Di manakah saya boleh membuat pemeriksaan kehamilan (antenatal)?
Para ibu boleh membuat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan, klinik desa atau klinik/hospital swasta terdekat. Para ibu perlu hadir ke klinik mengikut tarikh yang diteteapkan oleh anggota kesihatan.

2) Bila masa yang sesuai untuk saya mula pergi ke klinik bagi pemeriksaan kehamilan?
Ibu hamil perlu hadir kek klinik seawal mungkin

3) Perlukah saya pergi ke klinik?
Ibu hamil perlu hadir ke klinik seawal mungkin sebelum usia kandungan mencapai 12 minggu untuk:

  • menilai tahap kesihatan
  • menjalankan ujian saringan penyakit yang boleh menjejeaskan pertumbuhan bayi
  • ibu hamil akan diberikan supplemen yang sesuai atau vitamin oleh pihak klinik
  • diberi pendidikan kesihatan
  • pengesahan awal masalah kesihatan untuk membolehkan ibu hamil dirujuk kepada pakar
4) Mengapakah saya perlu jalani pemeriksaan kehamilan secara berjadual?
Pemeriksaan berjadual ini bertujuan untuk mengetahui kesihatan si ibu dan juga bayi dalam kandungan.

5) Adakah setiap hasil pemeriksaan akan diberitahu dan diterangkan kepada saya?
Setiap hasil pemeriksaan akan di beritahu kepada para ibu dan juga akan diterangkan secara jelas oleh doktor yang bertugas. Jika timbul sebarang kekeliruan, si ibu boleh bertanya kepada doktor tersebut.

6) Berapa kerapkah saya perlu hadir ke klinik?
Secara lazimnya, jika ibu hamil tiada sebarang masalah kesihatan, si ibu perlu hadir ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan seperti jadual di bawah:
  • awal kehamilan hingga usia kandungan 27 minggu (sebulan sekali)
  • usia kandungan 28 minggu hingga 35 minggu (2 minggu sekali)
  • usia kandungan 36 minggu hingga bersaling (seminggu sekali)
  • Jika ibu hamil mengalami sebarang masalah kesihatan, si ibu perlu hadir ke klinik dalam kadar yang segera
7) Ada kesan sampingan tak kepada bayi kalau saya scan bayi saya?
Imbasan ultrasound tidak memberi sebarang kesan sampingan terhadap bayi dalam kandungan.

8) Tanda-tanda yang memerlukan rawatan SEGERA di klinik/hospital:
  • demam denggi
  • loya dan muntah yang teruk
  • sakit perut yang luar biasa
  • pucat
  • letih lesu
  • sesak nafas
  • sakit kepala
  • penglihatan kabur
  • sakit ulu hati
  • kaki bengkak
  • tiada peningkatan berat badan
  • peningkatan berat badan berlebihan
  • pembesaran rahim tidak sepadan dengan jangkamasa kehamilan
  • janin kurang bergerak atau tidak aktif
  • sakit bersalin sebelum masa
  • pecah mentuban sebelum cukup bulan
  • darah keluar dari faraj (tumpah darah)
  • jantung berdebar-debar
  • tidak berdaya untuk melakukan kerja rumah biasa/rutin harian.
9) Tanda lahir hamil luar rahim.
Ibu hamil mungkin merasa sakit di bahagian perut, dan pinggul serta pendarahan melalui faraj.